!-- nuffnang -->

Karnival Go Youth

Salam sejahtera daripada kami Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Youth Development organization) atau lebih dikenali sebagai “YOUTH”. Semoga Tuan seisi keluarga berada dalam keadaan sihat dan harmoni.

Sukacita ingin kami maklumkan bahawa YOUTH akan menganjurkan Karnival Go Youth dimana pelbagai aktiviti akan dianjurkan. Berikut merupakan maklumat berkenaan program tersebut:

Tarikh : 25hb July 2009 (Sabtu)
Tempat : Perkarangan Stadium Bukit Jalil
Masa : 7:00 pagi hingga 6:00 petang

Oleh yang demikian, kami berhasrat untuk menjemput Kelab-Kelab Kereta untuk menyertai Acara Perhimpunan Kereta Terbesar Di Malaysia pada hari tersebut. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi talian persahabatan dikalangan golongan belia masa kini demi perpaduan yang jitu.

Kami amat berharap pihak Tuan sudi menerima jemputan ini demi perpaduan dan pembangunan berterusan bagi golongan belia dan segala sumbangan Tuan dapat memberikan suntikan semangat untuk terus maju ke hadapan serta dapat menyumbang kepada perpaduan dan pembangunan Belia dan juga Negara.

Kerjasam dan sokongan daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Pendaftaran MBR : RM 15.00 untuk satu kereta (sijil dan cenderahati)
Pendaftaran autoshow : RM 100.00 untuk satu kereta

Setiap peserta yang ingin menyertai Acara Perhimpunan Kereta Terbesar Di Malaysia (Mencipta rekod Malaysia Book of Record “The Largest Car Club Gathering”) dikehendaki memberikan nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, email, no pendaftaran kenderaan dan model kereta kepada wakil kawasan anda secepat yang mungkin.

Tarikh tutup adalah pada 29hb Mei 2009. Pembayaran boleh dibuat pada wakil setiap region anda. Sila berikan kerjasama anda kerana Perdana Menteri turut sama memeriahkan Carnival Go Youth ini.

0 comments:

Catat Ulasan

 
---->>>